Wednesday, February 13, 2013

KENAPA VISCERAL FAT BAHAYA?



















Disebabkan pengambilan pelbagai jenis makanan dengan jumlah kalori yang tinggi, semesti nya terdapat terutamanya lemak tepu (saturated fat) dan karbohidrat tinggi GI (glycemic index) seperti gula, secara berlebihan.

Sumber tenaga seperti ini yang tidak diperlukan oleh badan (apabila jumlah kalori yang diambil melebihi daripada jumlah yang diperlukan) akan ditukar kepada lemak badan.Sampai pada satu tahap, apabila “storage body fat” telah berkumpul, ini akan mendatangkan kesan sampingan lain, terutamanya yang melibatkan kategori “visceral body fat“. 

Sebagai contoh, “visceral body fat” yang mengelilingi jantung akan membuatkan jantung individu tersebut sukar untuk mengepam darah dengan baik, sekaligus menyebabkan apa yang kita kenali sebagai penyakit lemah jantung. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mereka dengan lemak visceral lebih berisiko terhadap penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi. Seorang perokok dan peminum telah terbukti mempunyai lebih lemak intra-abdominal, atau lemak visceral, dari orang yang aktif yang tidak merokok dan bukan peminum minuman keras. Stres juga boleh menjadi faktor dalam simpanan lemak visceral pada tubuh.

Tq to Cikgu Dayah yang sharing dari En Google :)

No comments:

Post a Comment