Thursday, February 7, 2013

Zikir Hasbi Rabbi


Bismillahhirrahmannirrahim..
Kali ini saya akan postkan zikir yang sangat saya gemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri saya. Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.

Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkanlah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik...

Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah... Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita :)

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..

Zikir yang sangat syahdu kemerduannya dan sedih yang disampaikan oleh ustaz Akhil Hayy...

No comments:

Post a Comment