Friday, June 12, 2015

Kehidupan Adalah Mengenai Pilihan Dan Keputusan Yang Kita Buat


Hidup adalah seperti jalan. Terdapat panjang dan pendek, jalan licin dan berbatu, laluan bengkok dan lurus. Dalam kehidupan, banyak perjalanan yg perlu kita lalui. Ada jalan yang membawa kpd kehidupan sejahtera dlm perkahwinan dan kerjaya.  Juga jalan2 yang membawa kepada kemahsyuran dan kekayaan atau kemiskinan. Terdapat jalan untuk kebahagiaan, kesedihan, kemenangan dan kegembiraan, xkurang juga jalan yg membawa kpd kekalahan dan kekecewaan.

Yg pasti di setiap jalan pasti mempunyai sudut, lencongan dan persimpangan dlm kehidupan. Mungkin jalan yg paling membingungkan yg kita akan hadapi adalah persimpangan. Dgn persimpangan jalan untuk dipilih dan ilmu pengetahuan yg terhad ke mana arah tujunya, jalan mana kita akan ambil? Apakah jaminan jln yg kita pilih itu betul atau hanya tinggal di mana kita  berada skrg.. Masih berada di depan persimpangan..

>>Percayakan diri sendiri dan buat keputusan<<

Kini masanya utk kita percaya pada diri sendiri. Ingat bahawa tiada jaminan terhadap keputusan dibuat salah atau betul. Percaya bahawa diri sendiri memilih pilihan yang terbaik pada masa ini.

Jika kita telah membuat keputusan, sediakan minda utk fikir yang baik2. Perkara penting ialah kita telah bertindak untuk pilih menjalani kehidupan dan bukannya kekal sebagai pemerhati atau penonton yang pasif kepada kehidupan kita sendiri.

Bersangka baiklah dgn keputusan yg di buat dan jangan menyesal terhadap apa jua keputusan. Sebaliknya, belajar daripadanya dan ingat yg kita sentiasa mempunyai peluang untuk membuat keputusan yg lebih baik pada masa hadapan.

#MMRbySTG KK 13Jun2015
#projekSTG
#letsuccessmakesthenoise

No comments:

Post a Comment