Thursday, February 20, 2014

About Me
















Saya di kenali di social media sebagai Naura Auni. Membesar bersama famili di Kluang, Johor, dilahirkan di Melaka. Nama di beri Murni Hayati Binti Mohamed berada di dalam keluarga yang sederhana. Suka melihat kejayaan orang lain membuatkan saya teruja untuk menjadi kaya dan berjaya seperti mereka.

Mula menceburkan diri dengan bermacam2 bisnes bermula dari sekolah rendah. Saya dah mula menjual benang kaler2 yang boleh di anyam menjadi gelang. Minat berniaga saya itu  rupanya di perhatikan oleh guru kelas dan memberikan kepercayaan yang penuh kepada saya sebagai ketua Koperasi semasa di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kluang dan merupakan salah seorangAhli Lembaga Pengarah Koperasi Angkasa ketika di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru.

Minat yang mendalam terhadap bidang IT membuatkan saya memilih Universiti Teknologi Malaysia untuk mendapat segulung Diploma. Belum pun habis pengajian Diploma, saya dah pun diserap masuk sebagai pegawai IT di Mayban Fortis di Dataran Maybank Bangsar, pada mulanya saya hanya sebagai pelajar praktikal disitu. Minda saya telah diprogramkan mesti mempunyai Ijazah. Tidak kira apa bidang yang diceburi, objektif utama adalah untuk memiliki segulung ijazah. itulah kejayaan stereotaip yang disemai dalam kebanyakan minda anak melayu termasuklah saya sendiri.

Bila dah berada di alam pekerjaan, saya mula memasang impian untuk memiliki kereta, rumah dan termasuk nak membawa famili saya bercuti. Mula dari kerja saya masih tidak berjaya membuat sebarang simpanan. Saya mula mengikut2 member untuk mencuba biz parttime, tapi hasilnya masih tak nampak. Sehinggalah saya nak menamatkan zaman bujang, simpanan masih tiada. 

Akhirnya saya diterima bekerja di Computer Science Corporation (CSC) Sdn Bhd, sebuah company IT di Petaling Jaya sebagai Technical Engineer dan memberi servis untuk server Maybank. Disamping kerja, saya tetap dengan biz saya..bermacam2 yang saya jual..semuanya secara online. Sapa kata dengan kesibukan kerja kita tak boleh buat biz..nak seribu daya tak hendak seribu daleh. 


"Banyak hutang! Stress kerja!! Takde masa untuk diri sendiri! Penat! Takde duit!! "





















Inilah kata-kata yg sering terpacul dari mulut saya sendiri kurang 2 tahun dulu. Saya sering tertekan dengan bebanan kerja sebagai Jurutera IT. Ditambah pula dengan bebanan hutang terutama kredit kad ekoran sikap saya yang suka berbelanja dan makan bila menghadapi tekanan. Dengan segala bebanan tersebut, tekanan dibawa pulang ke rumah dan selalunya suasana tegang timbul bila isu hutang keliling pinggang mula bangkit. 

Macam-macam biz yg saya buat untuk mencari pendapatan tambahan. Perniagaan saya mengikut musim. Kalau musim raya, saya akan mula menjual kuih raya dan baju raya.  Ada juga saya mengambil tempahan membuat kuih2 tradisional seperti kuih kole kacang dan popia basah. Saya juga pernah menjadi agen sah Maajun Anggun Bistari (MAB), menjual Koko Kolagen, menjual kain pasang dan baju kurung.  Kalau kawan saya ke bandung, saya akan mengirim kerepek pisang keju  untuk di pek semula dan dijual. Juga termasuklah apa saja jenis perniagaan MLM, sebut je dari A sampai Z saya join :)

Semua tu adalah sebab saya ingin menambah pendapatan dan mencari jalan pada penyelesaian masalah hutang kredit kad yang dah bertingkek-tingkek. 

Sangkaan saya, dengan running byk biz dlm satu masa saya boleh jadi cepat kaya...Rupanya saya silap....akhirnya Nothing. Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya terpaksa meminjam duit dari adik saya. Mana pergi semua duit tu...itulah di panggil KEBOCORAN WANG.

Saya melihat perubahan sikap adik saya Murni Zuriati yang dah semakin positif..dari baran dah menjadi lebih tenang, dah kurang komplen itu ini dan yang best, rezeki semakin besar datang padanya. Dia yang mencadangkan supaya saya hadir ke seminar Minda Magnet Rezeki yg akan di adakan di KL pada masa itu. 


AKAR ILMU ITU SEMEMANGNYA PAHIT, TETAPI BUAHNYA LAZAT

Dec 2011, akhirnya saya bermula mendaftar ke Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR) yang mana seminar ni pertama kali di adakan di Kuala Lumpur. Banyak sangat yang saya pelajari dari seminar tersebut, Antaranya...tentang sikap saya yang kuat KOMPLEN. Saya pun mulakan langkah pertama dgn berpantang 21 hari dengan No Complaint. Memang byk perubahan kepada yang lebih baik. Dan yang paling saya suka...Habit saya yang suka bershopping dan melancong dapat dipenuhi dan yang bestnya, saya dapat membuat simpanan.  



Kehidupan saya berubah sepenuhnya tanpa perlu stress tentang kerja dan masalah kewangan. Saya bertuah dapat bertemu dengan biz group ini kerana ini bukan perniagaan biasa yang membiarkan saya jatuh dan bangun sendirian. Bukan juga perniagaan yang menuntut saya memberi perhatian sepenuh masa, meninggalkan kerja hakiki dan merisikokan kewangan keluarga.



Tetapi inilah perniagaan yang mengizinkan saya lebih berjaya dari segi kewangan, lebih berjaya dalam kerjaya dan lebih bahagia dalam keluarga. Hidup lebih indah bersama suami, Khairul Fazly yang sentiasa ada bersama.



























Terima kasih Smart Tycoon Group kerana menyediakan semua elemen perniagaan (menurut DAO) iaitu ILMU, MENTOR dan SISTEM. 

Berbekalkan ilmu MINDA MAGNET REZEKI ini, pencapaian biz saya semakin berkembang. Dalam tempoh 6 bulan berniaga, kejayaan demi kejayaan yang berjaya di capai. Saya memilih untuk melakukan apa yang saya suka. Saya memilih "retire young, retire rich". 

Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya menjana pendapatan 6 angka setahun setelah saya melakukan apa yang saya suka.  Saya suka perniagaan dan saya suka membantu orang lain terutamanya wanita menjadi mereka yang lebih baik.  Saya telahpun berjaya membantu beberapa rakan lain untuk meningkatkan keyakinan dan taraf hidup mereka.  Dari pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi dan terbukti merubah hidup saya sendiri, saya kini lebih pakar dalam pengurusan kewangan dan 'people development'.

Secara peribadinya, saya bercita-cita untuk bergelar jutawan pada usia 36 tahun (2 tahun lagi) dan saya ingin melahirkan ramai jutawan muda di bawah bimbingan saya. Inilah yang mampu saya lakukan sebagai sumbangan saya kepada masyarakat.

Terima kasih Allah, terima kasih mentor, terima kasih STG.

No comments:

Post a Comment