Friday, November 2, 2012

RAHSIA KEAJAIBAN GARAM



















RAHSIA KEAJAIBAN GARAM ~ TQ Allah SWT...

HADIS Nabi Muhamad S.A.W ada menyebut garam adalah penghulu segala masakan atau makanan manusia. 

Makanan yang paling mudah seperti ubi rebus atau jagung rebus pun akan dibubuh garam dan tidak bahan lain. 

Bahkan makanan/masakan yang paling mahal sekalipun masih perlu menggunakan garam untuk menambah rasanya.

********************************************************
Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. 

Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, 
meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan.

Dalam kitab perubatan Islam ada juga menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. 

Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.

*******************************************************
P/s : Selain dari itu, garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus. 

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.

No comments:

Post a Comment