Sunday, February 20, 2011

Akibat Hormon Yang Tidak Seimbang

Antara perubahan ketara akibat hormon yang berkurangan atau tidak seimbang ini ialah perubahan dari segi:

1. Berat badan atau bentuk badan
2. Daya ingatan menjadi lemah
3. Berkurangan tenaga
4. Kulit wajah cepat menjadi kedut, hilang seri, kusam, kurang anjal
5. Rambut gugur, tidak bermaya
6. Penyakit dan berbagai-bagai lagi masalah kesihatan yang timbul.

Kunci di dalam keseimbangan hormon adalah keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron, di mana penghasilan progesteron menjadi semakin sangat berkurangan jika dibandingkan dengan estrogen. Kekurangan progesteron berbanding estrogen ini menyebabkan berbagai masalah berlaku.
Bukan wanita sahaja yang mengalami masalah ini, bahkan lelaki juga. Ini kerana hormon progesteron dan estrogen juga penting di dalam kesihatan kaum lelaki.

Menurut Dr. John Lee melalui bukunya
'What Your Doctor May Not Tell You About Menopause', di antara gejala-gejala dominan estrogen atau hormon tidak seimbang ini ialah seperti:
1. Alergi termasuk asma, ruam, resdung
2. Kekeringan serviks
3. Sejuk kaki dan tangan akibat lemah fungsi tiroid
4. Berkurangan libido (keinginan seksual)
5. Kemurungan beserta kebimbangan
6. Kekeringan mata
7. Mendapat haid lebih cepat
8. Kegemukan di bahagian perut, paha dan punggung
9. Keletihan
10. Daya tumpuan menjadi kurang
11. Keguguran rambut
12. Sakit kepala
13. Kitaran haid tidak teratur
14. Insomnia
15. Perasaan tidak menentu
16. Osteoporosis
17. Kadar metabolisme rendah
18. Fiboid uterin dan bermacam-macam lagi

No comments:

Post a Comment