Monday, September 21, 2015

Air Di Dalam Gelas

#Throwback ketika menikmati green tea dgn sedikit campuran madu asli serta perahan limau di tepi sungai Mekong. Mengingatkan saya tentang cerita air di dalam gelas. 

Berapa banyak air di dalam gelas? 

Ada orang cakap ianya separuh penuh, dan ada pula yang cakap ianya separuh kosong. Ianya memberi mesej kpd kita walaupun ianya adalah perkara yg sama, tapi orang memberi pandangan yg berbeza. 

Bagi orang yang anggap ianya separuh kosong, dia adalah 'pessimist', bermakna org itu memandang hidup dari segi yg negatif. Dia cuma menghitung kesusahan yg dialami. Tanpa menyedari 'good things' yg Allah bagi.

Berbeza dgn orang yg menganggapnya separuh penuh. Dia bersikap 'optimist'. Memandang semua perkara dgn pandangan positif. Menganggap semua perkara atau peristiwa mempunyai kebaikan walaupun sedikit. Tetapi bukankah ini lebih baik? Dgn sikap mcm ni, kita mampu tersenyum di atas setiap kesusahan yg menimpa, kerana kita lebih yakin yg Allah sedang melihat kita.

Jadilah seperti gelas, walaupun ianya telah diisi dan kemudianya kosong, dia tidak sedih, tetapi gelas tetap berasa gembira kerana telah melakukan sesuatu untuk orang memerlukan. Iaitu memberi minum kepada orang yang dahaga.

Perkongsian daripada seorang mentor yang amat saya hormati. 

#coachofmoneymakers 
#projekSTG 
#RM2JutaSebulan 
#moshimoshiOSAKA 
#businesswithpleasure 
#letsuccessmakesthenoise 

No comments:

Post a Comment