Thursday, December 4, 2014

KAJIAN PERSONALITI DIRI MENGIKUT TARIKH LAHIR

Tertarik hari ni nak sharekan dari sebuah blog mengenai personaliti diri mengikut tarikh lahir.. Kita boleh baca dan menilai utk branding diri kita supaya dapat menjadi contoh terbaik utk diri sendiri dan famili sebelum ke lingkungan masyarakat yg lebih luas 


>> KAJIAN PERSONALITI DIRI MENGIKUT TARIKH LAHIR <<

Sedikit perkongsian dari pensyarah technoprenuership mengenai kajian personaliti diri mengikut tarikh lahir yg diasaskan oleh Dr fadhilah kamsah. Rahsia personaliti diri mengikut tarikh lahir ini menggunakan kaedah metafizik dengan ketepatannya boleh mencecah sebanyak 90%. Dengan tarikh lahir, kita mampu mengungkap rahsia di sebalik diri kita. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rad, ayat ke 11 yang bermaksud :

” Sesungguhnya tuhan (Allah) tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

Kaedah metafizik yang digunakan ini adalah untuk mengenali potensi diri,dan bukan untuk menilik nasib kerana kitalah yang memilih untuk menjadikan ianya positif mahupun negatif. Secara asasnya, ia adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir dan daripada nombor itulah kita akan dapat mengenali potensi diri, kelemahan dan kekuatan kita.


>>>>>> CARA PENGIRAAN RAHSIA TARIKH LAHIR

Sebagai contoh, kita ambil tarikh lahir pada 16 September 1992, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

Contoh:
16 September 1992
16 + 9 +1992 = 2017
2 + 0 + 1 + 7 = 10
1 + 0 = 1

Nombor pin yang terhasil adalah 1. 
Jom kita lihat kat bawah apakah yang dimaksudkan dengan nombor 1 dan seterusnya.

Boleh share di sini apakah personaliti anda... Have fun !!!

Keterangan mengenai pin tarikh lahir anda :



1. KETULENAN ( element : METAL )
kelebihan
Seorang yang suka pemimpin, mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik. Memiliki banyak daya tarikan. memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu. Seorang yang sangat teliti dalam semua perkara. Individu yang sangat kreatif, hadir dengan idealogi2 baru dan sangat peka, sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan. Dia juga mampu memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

Kelemahan
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah seorang yg keras kepala, tidak suka dipimpin atau mengikut arahan orang lain. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik buat mereka.


2. PENDAMAI (element :WATER)
Kelebihan
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Anda adalah pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna. Individu ini tidak suka bersendirian. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat. Individu ini juga mempunyai bakat seni muzik yang baik.

Kelemahan
Individu ini tidak mempercayai kebolehan sendiri atau keyakinan diri. Seorang yang pemalu. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Mereka juga sgt sensitif , mudah terasa hati dan mudah dipengaruhi oleh orang lain. Seorang yg degil. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Individu ini untuk lebih memilih untuk bersendirian jika hubungan persahabatan atau percintaan yang terjalin itu tidak serasi.


3. KETELITIAN (element : FIRE)
Kelebihan
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh (all-rounder). Idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Mereka sgt mudah dibawa berunding. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara. individu ini suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

Kelemahannya
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Pendek kata, sering melakukan kerja dengan cepat tetapi tidak sempurna. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. KONSERVATIF (element : WOOD) 
Kelebihan
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan.seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan. individu ini suka kepada perkara yang mempunyai sistematik, logik dan praktikal. Individu juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin dan mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

Kelemahan
Individu ini suka memendam perasaan, berfikiran sempit, kuat cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Individu ini hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Individu ini juga mudah untuk menyimpan dendam terhadap seseorang. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. PERINTIS (element : EARTH)
Kelebihan
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Berkarisma dan boleh memimpin.selalu menjadi “centre of attraction”. Tidak suka berangan-angan. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu. mempunyai sikap keras kepala, emosional dan pemarah. Individu ini suka “boasting” atau “jual minyak”. Individu juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.


6. ROMANTIS (element : METAL)
Kelebihan
Berkemampuan dalam mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Individu ini kebiasaannya akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni muzik dan keagamaan. Individu ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.

Kelemahan
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri. suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, individu akan buat sekiranya ada kepentingan untuk diri mereka sendiri (mengambil kesempatan).


7. INTELEKTUAL (element : Water)
Kelebihan
Individu ini adalah pencari. Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah. Seorang yg pandai menyimpan rahsia.

Kelemahan
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Individu ini bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Individu ini boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. PENYELESAIAN (element : FIRE)
Kelebihan
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masalah. Tidak akan mempermainkan orang lain. Individu ini adalah seorang yang profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

Kelemahan
Individu ini adalah seorang yang materialistik. Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanfaat atau tidak berfaedah.


9. GLAMOUR (element : WOOD)
Kelebihan
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan kemas. Sangat beradab dan boleh menjadi seorang penasihat yang baik. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Individu ini juga dikenali sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik. Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Kelemahan
Individu ini mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Seorang yang emosional. Individu ini jika memimpin, tidak mengambil berat mengenai perasaan orang bawahannya. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).



#CoachOfMoneyMakers
#ProjekSTG
#BusinessWithPleasure

No comments:

Post a Comment