Friday, April 25, 2014

PIKAT SUAMI GAYA KHADIJAH 1.0






















Terima kasih kepada Ustazah Norhafizah Musa atas perkongsian dlm Al-Hidayah. Sangat menarik hati saya.. Antara cara bagaimana Saidatina Khadijah mengikat hati suaminya Rasulullah walaupun beliau jauh lebih berusia sehingga sering mengundang cemburu pada Saiditina Aisyah r.a.

"Mengenai Rasulullah, tidak ada perempuan lain yang aku cemburui seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. karena aku sering sekali mendengar beliau menyebutnya. Lagi pula beliau lagi menikah denganku setelah Khadijah wafat".

Yang pertama ialah komunikasi berteraskan akidah. Beliau sentiasa mengaitkan ayat-ayat Al-Quran dalam perbualan dengan Rasulullah. Kata-kata beliau sentiasa memberikan inspirasi, perangsang dan menenangkan Rasulullah dengan menigngatkan baginda ttg janji2 Allah yg pasti, dan sifat2 Allah yang sentiasa memberikan yang terbaik utk hamba2Nya.

Indahnya kalau kita sume juga begitu... Untuk mencapai matlamat ini, seharusnya kita para wanita menimba ilmu sebanyak mungkin agar setiap percakapan kita penuh hikmah Insyaallah. Kecantikan akan pudar bila usia meningkat, namun ilmu akan sentiasa mengangkat darjat kita di mata sesiapa sahaja terutama sang suami....

-Wanita, perhiasan terbaik dunia-

No comments:

Post a Comment