Monday, May 20, 2013

TEORI 1 NISBAH 9












Bismillah...

TEORI 1 NISBAH 9

Kalau sebelum ini kita hanya tahu satu sahaja teori ini yg diwar-warkan kepada semua....

"9/10 daripada sumber rezeki datangnya dari perniagaan"

Namun, ramai yg hanya tidak tahu dan tak dapat nak kaitkan dgn kajian2 yg telah dilakukan bertahun-tahun tetang teori 1:9 atau 9:1 ini.

Dalam masa yang sama kita boleh lihat beberapa hasil kajian seperti yg berikut:

1. Penjual:Pembeli 1:9
2. Pengguna otak Kanan:Pengguna otak Kiri 1:9
3.Jumlah org Kaya dan Berjaya:Jumlah org Biasa2 1:9

Cikgu Apit akan berikan kaitan antara hasil2 kajian tersebut...

Kita lihat dahulu kaitan tentang org yg suka menjual dan org yg membeli....hasil kajian, bila ditanya dan mengikut survey....daripada 10org....hanya seorg yg suka menjual dan 9 yg lain lebih suka membeli, maknanya, drpada bercerita ttg produk atau servis...90% lebih suka mendapatkan produk atau servis berbanding menyediakannya...
Jadi, ini mmg 'tele' seperti yg diriwayatkan.. 9/10 sumber rezeki hasil drpd berniaga...yg mana 1org yg berniaga mendapat untung atau sumber drpd 9org yg membeli.

Menurut Mentor Arifin Shah, dalam Seminar Minda Magnet Rezeki, pengguna tegar otak Kanan dalam dunia ini hanyalah 10% manakala 90% lagi adalah pengguna otak Kiri. Apa bestnya, pengguna Otak Kanan????

Saya ambil contoh mudah yg membezakannya...

Pengguna otak Kanan---Tenang, Positif dan Gembira
Pengguna otak Kiri---'banyak Biawak/SLV',Stress dan Kuat 'KOMPLEN'

Keadaan ini yg membezakan kehidupan dalam masyarakat kita, ada yg kelam kabut, ada juga yg happy dgn hidup mereka, ada yg sentiasa tension krn masalah membelenggu, tapi ada pula yg sentiasa tenang walau menghadapi masalah...sedangkan hidup di planet yg sama.

Malangnya, 90% berada dalam kehidupan yg stress itu.

Kenyataan ini juga disokong oleh Mentor DAO dlm salah satu program beliau...
tatkala DAO menjawab satu pertanyaan peserta.....

"kalau semua berniaga dan semua kaya raya...siapa nak jadi cikgu, polis, doctor, lawyer dan lain2???"

Jawapan mudah dr DAO, "ia mustahil...kerana kajian dah buktikan....10% sahaja yg inginkan hidup yg luar biasa dan bertindak, kaya dan Berjaya...sedangkan 90% lagi nak kekal hidup biasa2..."

Kesimpulannya, teori ini dah dibuktikan dan 'tele'.....

Maka, sekali lagi PILIHAN menjadi hala tuju hidup kita semua.

Kita PILIH berada dalam 10% atau Kita PILIH 90%

Kita MESTI PILIH!!!!!!!!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment