Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak
intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau
yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang
putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis
sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi,
kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1,
Vitamin C dan sebagainya.
Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan
membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL)
serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran
lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.
Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk
membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses
penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman, melegakan keradangan dan mencegah
mutasi sel.
Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak
intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak
menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.
Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita
perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas
bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan
teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan
nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.
Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan
terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah
kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk
menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan
nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih
yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakan
orang tidak dapat menerimanya.
Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk
mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu
mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih adalah
tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika
ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering menghadapi masalah
keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan
supaya mengelakkan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.
No comments:
Post a Comment