Tuesday, February 5, 2013

Gatal gatal tanda kena sihir pulih dengan BVSM.


Harini satu lagi testimoni yang dikongsikan oleh Cikgu Nor Arba'ayah Ramli yang mengesyorkan kepada kawan beliau (seorang guru juga) yang terkene tempias dari perbuatan SIHIR. Semoga kita semua dijauhkan dan dilindungi dari hasutan Syaitan yang di rejam. 

Gatal gatal tanda kena sihir pulih dengan BVSM.

Pukul 12.30 saya terima pula satu lagi panggilan dari seorang sahabat saya. Suaranya penuh kerisauan katanya malam tadi dia sakit badan. Sejak dari subuh tadi sampai lah pukul 12.30 rasa gatal gatal satu badan. Oleh kerana saya dah berada di sekolah saya minta dia datang ke sekolah jumpa saya di sekolah. 

Kebetulan kelas saya mula pukul 4.25 jadi dapatlah dengar ceritanya dulu. Bila dia sampai ke sekolah saya tengok mukanya memang tak keruan tangannya pula menggaru tapak tangannya sendiri. Ada kalanya garu telinga, kepala, belakang, kaki dan lengannya memang tak berhenti henti garu jerr. 

Saya tanya dia kenapa jadi macam ni dia buat tak tau jerr pertanyaam saya tu dia hanya jawab gatal nye, gatal nye. Saya minta dia baca ayat kursi. Dia baca nampak dia tenang sikit. Saya tanya lagi kenapa jadi macam ni. 

Dia pun bercerita bahawa dia baru sahaja menghubungi kawannya yang terkena sihir, dia nak jumpakan kawannya tu dengan saya sebab saya minta dia beritahu kawannya itu saya nak jumpa nak cerita tentang BVSM ni boleh merawat gangguan mistik. 

Tak alih alih hari ni dia pula yang kena gatal gatal tu. Saya minta dia call kawannya tu , saya bercakap dengan kawannya tu. Kemudian kawan dia beritahu saya, ni kata kata kawannya itu "memang kalau ada sape sape yang nak bantu merawat gangguan sihir yang ada pada saya ni memang akan kena gatal gatal macam ni" eeeee seramnya saya dengar. 

Kawan saya masih lagi menggaru kali ni dia garu guna kunci kereta, saya pujuk dia jangan buat macam tu nanti luka . Kemudian dia ambil kad ATM buat garu, sampai pecah kad tu dibuatnya. Air matanya mengalir masih juga mulutnya berkata gatal sangat ni . 

Saya pegang tangan dia minta dia tenang. Saya kata padanya sabar ye kak saya cuba tawakalkan dengan BVSM ni. Saya pun buat DA|DA pada BVSM tu. Saya minta Allah izinkan BVSM ni dapat memulihkan dia dari segala gangguan yang ada padanya. Saya pun selimutkan dia dengan BVSM ni. Belum sampai 10 minit, bulat mata dia pandang saya, "cikgu Nor dah tak gatal lagi lah!" Eh biar betul kak kata saya pula. "Ye dah hilang cikgu nor " katanya lagi. 

Mukanya mula berseri biji biji gatal yang timbul mula hilang. Saya macam tak percaya, tapi dah berlaku depan mata sendiri. Allah dah izinkan. Dia bawa BVSM tu pulang ke rumahnya. Petang tadi pukul 7 dia hadiahkan saya ikan pari masak asam pedas. Katanya hari ni baru ada rasa nak masak . Semalam hanya marah marah sahaja apabila suami dan anak nya minta dia masak. Sedangkan sebelum ni dia tak pernah begitu. Alhamdulillah dah pulih semuanya. Tq BVSM. Tq Allah. 

Gambar ni dia sedang memeluk BVSM. Namanya dia minta saya rahsiakan. Alhamdulilah.

Semoga dengan perkongsian ini dapat kita sama2 berusaha membantu meringankan beban masalah yang di tanggung oleh kenalan kita. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment